saya ada satu resepi ,yg sering saya masak tu pun kalau dah tak tau nk apa sgt la .saya mesti masak singgang kerana ianya cukup mudah di masak lagi pun bahan mudah di cari....yg penting tak byk minyak yg digunakan..walau pun sekerap mana sy masak, masakkan nie mesti tak pernah cukup sebab hubby gan anak suka makan masakkan nieee.tak percaya cuba bt di rumah...ok selamat mencuba.
BAHAN-BAHANNYA
Minyak Masak (70 ml)
Bawang Merah - hiris (5 biji)
Lengkuas - hiris (35g)
Halia - hiris (15g)
Bawang Putih - hiris (3 ulas)
Bunga Kantan (2 batang)
Asam Keping (4 )
Stok Ayam (350ml)
Tomato - potong dadu (1 biji)
Serbuk Rasam Baba's (2 sudu)
Serbuk Kunyit Baba's (1 sudu)
Ikan Tenggiri - potong stik (350g)
Daun Ketumbar - hiris halus (70g)
Daun Pudina (20g)
Garam
CARA-CARA MEMASAK
Panaskan minyak di dlm kuali kemudian masukkan bahan yg dihiris tadi seperti lengkuas,halia ,bawang merah dan bawang putih masak sehingga naik bau.
setelah naik bau boleh lah masukkan kunyit,dan rassam kacau sebati.kemudian boleh lah masukkan air rebusan ayam tadi. (KALAU NK KUAH BYK BOLEH LAH TAMBAH AIR REBUSAN TADI)
Tunggu sehinggah air rebusan tadi blh lah letakkn ikan,bunga kantan,asam keping .garam dan gula atau serbuk perasa.Akhir sekali bila dah masak blh lah masuk kan tomato yg di potong daun ketumbar dan daun pudina dihiris nipis-nipis.
P/S ;rempah rassam nie masam .tapiii kalau sesiapa yg suka masam boleh lah tambah.kalau sy guna 1 sudu
kecil aja....


apa kata mereka
| | ||||||||
Taugeh – bersihkan dan layukan dlm. kuali panas
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Bawang Merah
Bersihkan dan hiris halus
Halia
Cili Merah
Cili Padi
Belacan
Garam
Gula
Kelapa parut
Serai
Lengkuas
Blend hingga halus dgn. air asam jawa
Kerisik
Beras Goreng tanpa minyak dan diblend kering
Kerang rebus / perut rebus
Cara:
Setelah semua bahan disediakan, campurkan & gaul sehingga sebati.
selesai boleh di hidangkan
NASI SEMUKUN
Bahan-bahannya:-
• 600g beras wangi
• 8 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 4 biji cili merah
• 60ml minyak masak
• 1.2 liter air
• 60g kacang panjang, dihiris nipis
• 40g pucuk paku, dicelur dn dihiris halus
• 10 tangkai daun kesum, dihiris halus
• 2 kuntum bunga kantan, dihiris halus
• 300g ikan kembung disiang, diberishkan, dipanggang, dibuang tuland dan ditumbuk halus
• Garam secukup rasa.
Cara membuatnya:-
1. Basuh beras dan ketepikan.
2. Kisarkan sehingga halus bawang merah, bawang putih dan cili merah bersama sedikit air.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan goreng sehingga ia terbit baru. Tuang air dan kacau sehingga ia rata. Biar ia mendidih.
4. Kemudian masukkan beras dan kacau sehingga rata. Selepas itu perlahankan api dan biar sehingga nasi masak.
5. Apabila nasi masak, biarkan ia sejuk.
6. Satukan kacang panjang, pucuk paku, daun kesum, bunga kantan, ikan kembung dan garam di dalam mangkuk sederhana besar. Masukkan nasi tadi, gaul sehingga semua bahan sebati. Biarkan 20 minit sebelum dihidangkan.
resepi barat
EGG ROLL
3 biji telor dipukul sehingga sebati
50 gram kacang panjang dipotong 1 inci dan direbus
50 gram Sayuran campuran (carrot,kacang peas,jagong)boleh dibeli disupermarket dlm packet
garam secukup rasa
caranya
telor digoreng secara melebar (mcm buat roti canai).selepas digoreng telor itu digunakan untuk membungkus kesemua bahan tadi.kemudian diikat telor yg sudah dibungkus dengan benang.hias mengunakan salad dan tomato sauce atau mayonese.
hidangkan dengan nasi panas.makan dengan sup yang panas...OOoiii sedapnya
selamat mencuba

cuba resepi mudah ini ...tapi rasanya sedap
resepi India RASAM
Bahan-bahan
1/2 sudu kecil Jintan manis
5 batang cili kering (kalau nak pedas tambah cili lagi)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu biji bijan (kalau tak ada pun tak apa)
2 biji buah tomato (guna yang merah)
Asam jawa diperah diambil airnya ( 1 liter air)
Daun karipole
caranya
bawang putih ditumbuk lumat. jintan,bijan,cili kering, daun karipole ditumis bersama dengan bawang putih .gunakan minyak yang sedikit. masukkan air asam jawa dan juga buah tomato( kalau boleh buah tomato diramas sedikit untuk dptkan airnya).
Tumis sehingga mendidih dan sajikan. boleh dimakan dengan nasi puteh.khasiatnya memotong lemak dan kepanasan badan.
masakan kegemaran orang India Selatan.
DAGING GORENG MEMPELAI
BAHAN HIASAN
3 helai salad
2 tangkai daun ketumbar
3 hirisan timun hiasan
3 tomato/di bentuk bunga ros
100 gm daging goreng kunyit
cara menghiasnya :
1) letakkan salad di tengah pinggan.
2) letakkan daging goreng di tengah-tengah salad.
3) cucuk daun ketumbar di sisi daging.tegakkan daun ketumbar kemas.
4) hiaskan hirisan timun di sisi daging.
5) akhir sekali ,letakkan tomato hiasan di sebelah daun ketumbar.
bahan -bahan :
500 gm daging/dipotong nipis dan di rebus hingga lembut.
1 biji bawang besar / di potong bulat.
1 sudu teh sebuk kunyit.
3 biji cili merah/di hiris
garam secukup rasa.
cara memasak :
Gaulkan daging yang siap direbus bersama garam dan kunyit .
panaskan minyak dan goreng daging hingga garing.
masukkan bawang besar dan cili merah.angkat dan hidangkan.
bahan-bahan lapisan pic
1 tin buah pic (di hiris)
air jus pic dalam tin
1/2 cawan gula
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
bahan lapisan puding
2 biji buah pic (tin)
1 tin susu cair
1 sudu besar agar -agar serbuk
2 biji telur
1/2 cawan yogurt perisa pic
1 cawan gula
3 cawan air
cara membuatnya
1 asingkan jus pic dalam tin dan tuangkan dalam periuk.
masukkan serbuk agar-agar dan gula .jerang hingga
mendidih.
2 susun buah pic yang dihiris dalam loyang,tinggalkan dua biji pic utk
dikisar.tuangkan adunan tadi perlahan -lahan agar pic tidak berselerak
kemudian sejukkan.
3 kemudian bahan lapisan puding dikisar semuanya.
tuangkan dalam periuk dan jerang hingga mendidih
kemudian tuangkan atasl apisan pic tadi .dah pun siap
boleh lah anda makan.selamat mencoba.
10gm serbuk agar-agar
500gm tepung beras
1 liter santan
800 ml air
200 gm gula
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah
cara memasak
didih air dulu bersama gula dan esen vanila.
masak hingga larut semuanya dan pekat.
kemudian tapiskan dan di biarkan suam.
sementara itu campurkan tepung beras dan serbuk agar-agar.
dikacau sehingga rata.kemudian masukkan air gula dan santan di kacau hingga sebati.
bahagikan adunan kepada dua bahagian.satu yang di campur warna merah.
kemudian sudukan adunan ke dlm loyang,dan kukus.lapiskan secara selang -seli dan kukus hingga adunan habis
1 cawan nasi (cooked rice) (kisar hingga lumat)
4 cawan tepung jawi ( rice flour )
1 ½ tsp. Yeast (ibu roti)
sedikit garam
90 sen Santan
Cara-cara membuat:-
1. Campur semua bahan sehingga sebati.
2. Biarkan untuk 2-3 jam.
3. Pukul adunan. Boleh masuk gula / telor, ikut suka.
4. Panaskan kuali (non stick), sapu minyak menggunakan daun pandan .
5. Tuang sesenduk adunan tadi ke dalam kuali.
6. Pusingkan kuali sehingga adunan terlekat nipis pada kuali dan tebal di tengah. ( tilt the wok in all directions to coat sides thoroughly and form thin crispy edge and a thick fluffy center ).
7. Pastikan adunan di tengah masak sebelum angkat.
8. Makan dengan curry atau santan manis.
Bahan-bahan :
Ayam ( 6 –8 ketul)
Santan (pekat & cair)
4-5 biji cili merah (tambah pedas dgn. cili padi 7-8 biji)
1” halia
11/2” kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
dikisar
4-5 batang serai (diketuk)
1-2 asam keping
Garam & gula secukup rasa
Cara :
1. Ayam dibersihkan.
2. Tumis bahan kisar hingga masak
3. Campur santan cair kedalam bahan yang dikisar.
4. Masak atas api. Masuk batang serai yang duketuk-ketuk.
5. Apabila mendidih, masuk ketul ayam & asam keping.
6. Masuk santan pekat, gula & garam.
7. Masak sampai kuah pekat.
8. Boleh ganti ayam dengan udang atau ikan.
………………..o0o0o0o0o0o0o0………………………….






















