RESEPI NASI SEMUKUN

Dicatat oleh limpong85 | 3:01 PG

NASI SEMUKUN


Bahan-bahannya:-

• 600g beras wangi

• 8 biji bawang merah

• 3 ulas bawang putih

• 4 biji cili merah

• 60ml minyak masak

• 1.2 liter air



• 60g kacang panjang, dihiris nipis

• 40g pucuk paku, dicelur dn dihiris halus

• 10 tangkai daun kesum, dihiris halus

• 2 kuntum bunga kantan, dihiris halus

• 300g ikan kembung disiang, diberishkan, dipanggang, dibuang tuland dan ditumbuk halus

• Garam secukup rasa.


Cara membuatnya:-

1. Basuh beras dan ketepikan.


2. Kisarkan sehingga halus bawang merah, bawang putih dan cili merah bersama sedikit air.

3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan goreng sehingga ia terbit baru. Tuang air dan kacau sehingga ia rata. Biar ia mendidih.

4. Kemudian masukkan beras dan kacau sehingga rata. Selepas itu perlahankan api dan biar sehingga nasi masak.

5. Apabila nasi masak, biarkan ia sejuk.

6. Satukan kacang panjang, pucuk paku, daun kesum, bunga kantan, ikan kembung dan garam di dalam mangkuk sederhana besar. Masukkan nasi tadi, gaul sehingga semua bahan sebati. Biarkan 20 minit sebelum dihidangkan.

0 ulasan