singgang rassam ikan tenggiri

Dicatat oleh limpong85 | 7:08 PG

saya ada satu resepi ,yg sering saya masak tu pun  kalau dah tak tau nk apa sgt la .saya mesti masak singgang kerana ianya cukup mudah di masak lagi pun bahan mudah di cari....yg penting tak  byk minyak yg digunakan..walau pun sekerap mana sy masak, masakkan nie mesti tak pernah cukup sebab hubby gan anak suka makan masakkan nieee.tak percaya cuba bt di rumah...ok selamat mencuba.

   

BAHAN-BAHANNYA


 Minyak Masak (70 ml)
 Bawang Merah - hiris (5 biji)
 Lengkuas - hiris (35g)
 Halia - hiris (15g)
 Bawang Putih - hiris (3 ulas)
 Bunga Kantan (2 batang)
 Asam Keping (4 )
 Stok Ayam (350ml)
 Tomato - potong dadu (1 biji)
 Serbuk Rasam Baba's (2 sudu)
 Serbuk Kunyit Baba's (1 sudu)
 Ikan Tenggiri - potong stik (350g)
 Daun Ketumbar - hiris halus (70g)
 Daun Pudina (20g)
 Garam

 
CARA-CARA  MEMASAK

 Panaskan minyak di dlm kuali kemudian masukkan bahan yg dihiris tadi seperti lengkuas,halia ,bawang merah dan bawang putih masak sehingga naik bau.

setelah naik bau boleh lah masukkan kunyit,dan rassam kacau sebati.kemudian boleh lah masukkan air rebusan ayam tadi. (KALAU NK KUAH BYK BOLEH LAH TAMBAH AIR REBUSAN TADI)

Tunggu sehinggah  air rebusan tadi blh lah letakkn ikan,bunga kantan,asam keping .garam dan gula atau serbuk perasa.Akhir sekali  bila dah masak blh lah masuk kan tomato yg di potong daun ketumbar dan daun pudina dihiris nipis-nipis.

P/S  ;rempah rassam nie masam .tapiii kalau sesiapa yg suka masam boleh lah tambah.kalau sy guna 1 sudu
        kecil aja....

0 ulasan