nama########
alamat######alor setar kedah
umur 19 th
1 jan.2006
hari ni macam biasa bangun lewat skit.tapi hati aku rasa seronok sangat.
pasai apa aku x tau.mungkin pasai nak jumpa mizan kot?
sekali aku tengok lan ni kiut gak.hensemnya...eiii kalu boleh aku nak tokak pipi tu..
tapi ija kata dia dah ada awek..betoi ka? ahhh...apapun aku mesti jumpa dia .
aku pi basuh baju dululah...
ahhh.. kenyangnya makan hari ni...mak aku masak sedap gak ..lauk sambal petai ooo..
mana bleh tahan?..tadi ija tel. aku dia nak pi sekali..mana boleh.. kacau la ija ni?
kalu boleh aku nak ajak lan tengok wayang.kat jitra ka?tapi kalu mizan ada awek pasai apa ajak aku keluar?ni mesti tensyen ngan awek dia la tu?
aduhhhh.. letihnya mata rasa ngantuk plak ni.jam pun dah pukui 12 dah.nasib baik mak aku lena dah aku balik tadi..kalau tidak mau dok prok prek kat aku la...taktau nak habak .
sesekali bila aku teringat masa aku tengok wayang ngan mizan tadi best gak..
patutlah dia ajak aku keluar ..rupanya dia tension ngan awek dia .dia kata awek dia dah ada balak lain dah..
aahh...itu aku tak tau .tapi rasanya mizan dah mula nak tackle aku tadi..aku tau dia saja buat lawak ,
kalau lan jadi balak aku pun tak pa ...syok gak.mizan tu kan hensemmmm..awek mana tengok pun pasti kan cair juga ..kenapalah awek dia tak mau kat dia noh?....bodo lah awek dia
agaknya pasai lan x dak keta kot?....aku x kisah ...aku x pandang semua tu .yang penting hatinya jujur dah la
kalau ada keta pun nak belagak hak bapak punya buat apa?macam apis tu....piiraah..harap naik keta bapa dia saja ..hak sendiri x dak.nak eksyen ngan aku plak tu ...bley blah la lu..
hai... mata pun dah ngantu esok lah aku tulis lain ciao/.....bersambung
Taugeh – bersihkan dan layukan dlm. kuali panas
Kacang Panjang
Bunga Kantan
Bawang Merah
Bersihkan dan hiris halus
Halia
Cili Merah
Cili Padi
Belacan
Garam
Gula
Kelapa parut
Serai
Lengkuas
Blend hingga halus dgn. air asam jawa
Kerisik
Beras Goreng tanpa minyak dan diblend kering
Kerang rebus / perut rebus
Cara:
Setelah semua bahan disediakan, campurkan & gaul sehingga sebati.
selesai boleh di hidangkan
Makanan mendatangkan kanser
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1. Jika anda makan satay.............jangan pula lupa timunnya,
sebabnya memakan satay bersama
karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan
karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu
keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah
anti-karsinogen
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !! Yang mana
anda akan mati keracunan
Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke
jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda
mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan
ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan
ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini
ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo
terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi.
Balik pi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's
Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium
Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun
dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "
Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerluk an bahan yang boleh
mengeluarkan busa yang banyak. Dalam pada itu, Pasta Colgate &
Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama
untuk penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koay teow dsb), Pastikan
berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil
mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat
yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya
telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG
AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa
tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk
untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.
Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya
disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari
sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri,
Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati
menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan
memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk
mendapat barah " Kalau istilah James Bond = Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan
kecil membuat bawang
; goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna
dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur
bersama gorengan bawang
yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya
melebur lantas menyaluti bawan g tersebut. Sebab itulah kalau
bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan
lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang
singkat sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan
pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
Wallahuallam...
NASI SEMUKUN
Bahan-bahannya:-
• 600g beras wangi
• 8 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 4 biji cili merah
• 60ml minyak masak
• 1.2 liter air
• 60g kacang panjang, dihiris nipis
• 40g pucuk paku, dicelur dn dihiris halus
• 10 tangkai daun kesum, dihiris halus
• 2 kuntum bunga kantan, dihiris halus
• 300g ikan kembung disiang, diberishkan, dipanggang, dibuang tuland dan ditumbuk halus
• Garam secukup rasa.
Cara membuatnya:-
1. Basuh beras dan ketepikan.
2. Kisarkan sehingga halus bawang merah, bawang putih dan cili merah bersama sedikit air.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan goreng sehingga ia terbit baru. Tuang air dan kacau sehingga ia rata. Biar ia mendidih.
4. Kemudian masukkan beras dan kacau sehingga rata. Selepas itu perlahankan api dan biar sehingga nasi masak.
5. Apabila nasi masak, biarkan ia sejuk.
6. Satukan kacang panjang, pucuk paku, daun kesum, bunga kantan, ikan kembung dan garam di dalam mangkuk sederhana besar. Masukkan nasi tadi, gaul sehingga semua bahan sebati. Biarkan 20 minit sebelum dihidangkan.
resepi barat
EGG ROLL
3 biji telor dipukul sehingga sebati
50 gram kacang panjang dipotong 1 inci dan direbus
50 gram Sayuran campuran (carrot,kacang peas,jagong)boleh dibeli disupermarket dlm packet
garam secukup rasa
caranya
telor digoreng secara melebar (mcm buat roti canai).selepas digoreng telor itu digunakan untuk membungkus kesemua bahan tadi.kemudian diikat telor yg sudah dibungkus dengan benang.hias mengunakan salad dan tomato sauce atau mayonese.
hidangkan dengan nasi panas.makan dengan sup yang panas...OOoiii sedapnya
selamat mencuba
cuba resepi mudah ini ...tapi rasanya sedap
resepi India RASAM
Bahan-bahan
1/2 sudu kecil Jintan manis
5 batang cili kering (kalau nak pedas tambah cili lagi)
2 ulas bawang putih
1/2 sudu biji bijan (kalau tak ada pun tak apa)
2 biji buah tomato (guna yang merah)
Asam jawa diperah diambil airnya ( 1 liter air)
Daun karipole
caranya
bawang putih ditumbuk lumat. jintan,bijan,cili kering, daun karipole ditumis bersama dengan bawang putih .gunakan minyak yang sedikit. masukkan air asam jawa dan juga buah tomato( kalau boleh buah tomato diramas sedikit untuk dptkan airnya).
Tumis sehingga mendidih dan sajikan. boleh dimakan dengan nasi puteh.khasiatnya memotong lemak dan kepanasan badan.
masakan kegemaran orang India Selatan.